Polisi Pekerja Tetap Layang Kaji Sdn Bhd
Skop Polisi
Polisi ini tertakluk kepada PEKERJA TETAP sahaja yang bekerja di bawah syarikat Layang Kaji Sdn Bhd.
- Pekerja secara perjanjian kontrak (contoh: Chainsaw man) tidak tertakluk di bawah polisi ini.
Pelantikan Pekerja
Majikan akan melantik pekerja tanpa mengira bangsa, jantina, agama, dan status perkahwinan.
Had Umur Pekerja
Had umur pengambilan pekerja adalah 18 tahun dan ke atas.
Latihan Induksi
Latihan induksi akan diberikan kepada semua pekerja baru yang bekerja di syarikat ini.
Peletakan Jawatan
- Notis peletakan jawatan mestilah dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada majikan sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh berhenti.
Tindakan Disiplin
- Jika pekerja didapati melakukan salah laku, pekerja tersebut akan dikenakan tindakan, termasuk dipecat.
- Tindakan disiplin akan diambil melalui beberapa peringkat, iaitu:
- Amaran secara lisan
- Surat amaran bertulis
- Surat amaran bertulis akhir
- Digantung tugas
- Diberhentikan kerja
Borang Pembetulan bagi Salahlaku Disiplin
- Pekerja akan mengisi borang salahlaku dan membaiki tindakan salah laku tersebut.
- Pekerja akan diberi peluang untuk menerangkan berkaitan salah laku tersebut.
- Salinan borang tersebut akan disimpan di dalam fail pekerja.
Pemecatan Jawatan
- Pekerja akan diberhentikan tanpa notis atau dibayar gaji sekiranya tetap melakukan kesalahan yang sama setelah menerima surat amaran terakhir.
Salahlaku Serius
Salahlaku serius yang boleh membawa kepada pemecatan tanpa notis termasuk:
- Penyalahgunaan dadah
- Gangguan seksual atau diskriminasi terhadap pekerja lain
- Bersikap kasar dan bergaduh sesama pekerja
- Menyertai aktiviti yang tidak bermoral di kawasan pejabat
- Melakukan kecurian atau vandalisme
- Melakukan perkara yang boleh membahayakan rakan sekerja
- Memberikan maklumat palsu tentang diri, termasuk memalsukan surat cuti kerja
- Menggunakan kuasa untuk mendapatkan duit lebih serta komisen
- Mengambil bahagian dalam aktiviti perjudian
- Menyimpan sebarang senjata api
- Tidak hadir ke pejabat tanpa notis selama dua hari berturut-turut
- Meninggalkan kerja lebih awal tanpa kelulusan majikan
- Minum alkohol semasa waktu kerja
Perundangan
- Pihak syarikat akan mematuhi garis panduan dan perundangan di bawah Akta Pekerjaan Malaysia 1955 dan lain-lain akta berkaitan pekerjaan dan majikan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia, sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri.